Tuesday, March 19, 2013

Makna hadith pada bahasa arab: "Khabar/berita. Firman Allah Ta'ala:
{ هل أتاك حديث موسى }
Makna hadith pada istilah bahasa arab: "Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi sallallahu'alaihisallam dari perkataan, perbuatan atau sifat fizikal atau akhlak".

Hadith Maudhu' (palsu)

Kata Ibnu Sholah rahimahullah (577H-643H ) dalam Muqaddimahnya: "(Hadith palsu) ialah rekaan dan suatu yang dibuat-buat". - المختلق المصنوع

Kata asyeikh Ahmad Syakir rahimahullah (1309H/1892M - 1377H/1958M): "(Hadith palsu ) ialah yang direka dan dibuat-buat -المختلق المصنوع. - الباعث الحثيث

Sabda Rasulullah sallallahualaihiwasallam:
( من حدث بحديث يرى أنه كذب فهو أحد الكاذبين ) - Riwayat Muslim dari hadith Samurah bin Jundab dan al-Mughirah bin Syu'bah radhiaAllahua'nhuma.

Maksudnya: "Barang siapa yang menyebut dengan satu hadith dia melihat bahawa ianya adalah dusta maka dia adalah seorang dari para pendusta". Atau seorang dari dua orang pendusta"

Kata al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah: (Para ulama bersepakat bahawa haram meriwayatkan hadith palsu kecuali disertakan penjelasan tentang kepalsuannya)- كتاب : نزهة النظر شرح نخبة الفكر

Kata Ibnu Kathir rahimahullah: "Haram bagi seseorang meriwayat hadith palsu kecuali atas jalan mencelanya untuk mengingatkan orang-orang jahil tentangnya.

Sabda Nabi sallallahua'laihiwasallam:
( من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار )
"Barangsiapa yang berdusta ke atasku maka sesungguhnya dia telah menyediakan tempat duduknya dalam neraka">Hr. Muslim.

Zaman Permulaan Hadith-Hadith Palsu:
Para ulama bersepakat bahawa zaman permulaan hadith-hadith palsu ialah sejak berakhirnya pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin yakni selepas fitnah(musibah) yang menimpa kaum muslimin sepelas pembunuhan Khalifah Uthman bin A'ffan radhiaAllahua'nhu.

Peranan Syiah dalam pembuatan hadith-hadith palsu:
1- Syiah adalah golongan pertama membuat hadith-hadith palsu merekalah yang menanggung dosa pertama dan berkongsi dosa dengan para penyebar hadith palsu.
2- Mereka mengadakan segala pendustaan keatas para sahabat dengan mencipta hadit-hadith mencela kebanyakan para sahabat  radhiaAllahua'nhum.
3- Mereka menyalakan api perpecahan dengan mewar-warkan bahawa para sahabat saling membenci.


No comments:

Post a Comment