Saturday, March 16, 2013

HUKUM-HUKUM BERKAITAN PUASA


HUKUM-HUKUM BERKAITAN PUASA

1-      JARUM INSULIN: Tidak membatalkan puasa kerana ianya ialah jarum berubat kerana dengannya pesakit masih berhajat kepada makan dan minum. Secara umumnya jarum terbahagi kepada 2 bahagian , yakni jarum untuk berubat dan jarum untuk menyalurkan makanan, jarum perubatan digunakan samaada untuk meringankan sakit atau digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit atau untuk menyejukkan badan kerana satu keperluan seperti jarum insulin, dalam keadaan ini tiada masaalah bagi seseorang menggunakannya masa puasa samaada di bawah kulit atau di urat saraf tiada bezanya. Jenis yang kedua dari jarum ialah yang diguna untuk menyalur makanan dalam badan tujuannya untuk menghilangkan kekeringan badan atau lainnya dari tujuan perubatan. Mengikut jumhur fuqaha semasa (kontemporari) bahawa ianya membatalkan puasa. Sekumpulan ulama lain pula berpegang bahawa ianya tidak membatalkan puasa, kerana ianya bukanlah makan atau minum, pendapat ini adalah yang paling rajah wallahua’lam, kerana jarum yang menyalurkan makanan terhasil darinya sebahagian dari maksud makan dan minum bukanlah merangkumi keseluruhan maksud makan dan minum, kerana manusia tidak makan kerana untuk kenyang sahaja akan tetapi mereka makan dengan tujuan untuk kenyang dan kelazatan, maka apabila hanya terhasil sebahagian sahaja tujuannya maka ianya tidak memestikan untuk dikaitkan dengan apa yang terhasil dengannya tujuan tersebut, jadinya yang rajah dari dua pendapat ini ianya tidak membatalkan puasa, makanya semua jenis jarum yang digunakan tidak membatalkan puasa. Kerana amanah ilmu kita sebutkan bahawa jumhur (kebanyakan) ulama semasa melihat bahawa ada perbezaan hukum antara jarum untuk berubat dan jarut untuk menyalurkan makanan ke dalam badan, yakni jarum perubatan tidak membatalkan puasa dan jarum untuk menyalurkan makanan ke dalam badan membatalkan puasa. Sebahagian ulama lain pula berpendapat bahawa semua jenis jarum membatalkan puasa, maka kita sebut semua pendapat ulama.     - FATWA ASY-SYIEKH DR. KHALID ALMUSLIH TENAGA PENGAJAR DI UNIVERSITI AL-QOSIM.
2-      Wanita hamil dan wanita menyusu: Sekiranya mereka tidak mampu berpuasa atau di takuti atas kandungan dan bayi maka diharuskan mereka berbuka dan hanya wajib membayar fidyah sahaja, tidak wajib ke atas mereka puasa ganti (qada). Dari Ibnu Abbas radhiAllahua’nhuma katanya: “Lelaki dan wanita tua yang lanjut usia, dan mereka berdua mampu melaksanakan ibadah puasa, diberi kelonggaran berbuka jika mereka berdua mahu dan wajib memberi makan seorang miskin setiap hari dan tiada puasa ganti (qadha) atas mereka berdua, kemudian ketentuan itu di hapus oleh ayat ini:
فمن شهد منكم الشهر فليصمه

Maka tetaplah bagi lelaki dan wanita tua yang lanjut usia, bila mereka merasa berat melaksanakan puasa, serta wanita hamil dan yang menyusui bayinya jika mereka rasa khuatir (kesihatan bayinya) mereka boleh berbuka dan mereka wajib memberi makan seorang miskin sebagai ganti tiap-tiap hari (yang mereka tinggalkannya).- Rirayat al-Baihaqi dengan sanad yang kuat- 4: 230.
Dari Ibnu Abbas radhiaAllahua’nhuma katanya: “Apabila wanita hamil takut atas kesihatan dirinya , dan wanita menyusu takut atas kesihatan bayinya di bulan Ramadhan, katanya: Keduanya boleh berbuka puasa  dan memberi makan setiap hari seorang miskin dan mereka berdua tidak perlu mengqadha puasa”. – Sahih , menyandarkannya oleh al-Albani dalam kitab Irwa’ alghalil: 4/19, kepada at-Thabari : 2758 dan katanya: “Sanadnya sahih di atas syarat Muslim.
3-      Dari Nafi’ katanya: “Seorang puteri Ibn Umar radhiaAllahua’nhu menjadi isteri kepada seorang lelaki Quraisy , dan ketika hamil dia merasa dahaga di (siang hari di bulan) Ramadhan, lalu Ibnu Umar menyuruhnya berbuka puasa dan (sebagai gantinya) memberi makan setiap hari satu orang miskin”-  Sanad sahih – Irwa’ alGhalil 4/2 – Addaruquthni: 2/207/15.
4-      Kadar makanan yang wajib sebagai Fidyah:  “Dari Anas bin Malik radhiaAllahua’nhu : Sesungguhnya dia telah lemah dari melaksanakan puas dalam satu tahun lalu dia memasak sebesen bubur roti lalu dia menjemput 30 orang miskin dan mengenyangkan mereka”- ”-  Sanad sahih – Irwa’ alGhalil 4/2 – Addaruquthni: 2/207/16.

Rukun-Rukun Puasa
1-      Niat, sebelum terbit fajar setiap malam- Dari Hafshah katanya: Sabda Rasulullah sallallahua’laihiwasallam: “Barangsiapa yang tidak menetapkan niat puasa sebelum fajar , maka tiada puasa baginya”- Sahih alJami’ as-Shoghir 6538, A’unul Ma’bud : 7:122 no: 2437. atTirmizi: 2: 116 no: 726, anNasaie: 4:196.
2-      Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa.
فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ) البقرة/187.

Hal-Hal Yang Membatalkan Puasa
1-    Makan
2-    Minum
3-    Muntah dengan sengaja
4-    Haidh
5-    Nifas
6-    Bersetubuh 

No comments:

Post a Comment