Saturday, March 16, 2013

Hukum Kad Kredit


Apakah hukum penggunaan kad kredit menurut Al Quran dan sunnah ?

1.Masalah pada penggunaan kad kredit tertumpu kepada perkaitannya dgn HUTANG YG DISERTAI DENGAN BUNGA/RIBA.Juga pada kedapatan unsur-unsur penipuan yg ada didalam kontrak -kontrak perniagaan yg dibuat apabila kad-kad kredit ini digunakan.
2. Manakala fungsi-fungsi kad kredit yg lain seperti: 
-Memudahkan urusan perniagaan secara elektronik (e-commerce).
-          Memungkinkan urusan perniagaan tanpa tunai ketika ia dijalankan.
- Menjamin keselamatan pembawa/pemegang kad daripada cubaan-cubaan rompakan,curian dan juga kehilangan wang sekiranya ia berlaku dimana ia dijamin sepenuhnya oleh pihak pengeluar kad-kad ini.
- Menyediakan kemudahan berbelanja ketika berlaku kecemasan.
Fungsi-fungsi sampingan kad kredit seperti mana yg tertera diatas tidak menjadi masalah kepada sistem perundangan islam utk diluluskan penggunaannya kerana ia sebagai sekeping kad plastik bermagnet yg membawa data-data peribadi dan kewangan pembawanya adalah dikira sebagai wasilah/ medium urusan mualamat atau urusan perniagaan sahaja seperti mana 'wang kertas' sekarang ini. Wang tidak dikira pada 'kertas' tersebut tetapi pada nilainya .Kad plastik dengan ciri-ciri keselamatannya hanya mewakili nilai harta tertentu dan tidak lebih daripada itu.
Jadi kawasan pengharusan dan pengharaman kad kredit hanyalah tertumpu pada kaitannya dengan HUTANG BERFAEDAH/RIBA dan juga unsur-unsur penipuan sahaja. Ini bermaksud kiranya terdapat (pada masa sekarang/masa akan datang) kad kredit yg betul-betul memberi kemudahan kepada penggunannya tanpa bersifat hutang berfaedah dan bebas daripada unsur-unsur penipuan maka penggunaannya adalah harus dan halal. Smart card, kad ATM bank adalah termasuk didalam pengkelasan ini.
3. Setiap kad kredit mempunyai sifat-sifat yg tersendiri berdasarkan syarat-syarat penggunaannya yg berbeza diantara pengeluarnya.Maka dengan sebab ini secara teorinya hukum setiap kad plastik ini perlu dibezakan kerana mungkin ada diantara syarat-syarat penggunaannya yg tidak bertentangan dengan sistem perundangan islam.Jadi ketelitian para fuqaha adalah perlu didalam memberi hukum.Setiap Perbezaan mesti diteleti dan diambil kira.



Keharusan/Pengharaman kad kredit
Walaupun setiap kad kredit (American Express, MasterCard, Dinners Club, Visa Card) yg berada pasaran sekarang mempunyai krateria tersendiri namun ianya mempunyai ciri2 persamaan yg membawa kepada pengharamannya seperti berikut:
Riba dan Faedah
Semua kad kredit diatas dikeluarkan diatas asas pinjaman/hutang yg berunsurkan riba .Unsur riba didalam pengunaan kad-kad ini boleh difahami melalui modus operandinya iaitu :
- Memberi kemudahan kewangan kepada pemegang kad utk berbelanja walaupun tanpa sokongan kewangan sebenar didalam akaun mereka. Dengan kata lain, bank telah memberi kemudahan berhutang bagi pemegang kad pada kadar-kadar tertentu (bergantung kepada jenis kad),kad tersebut pada erti kata sebenarnya ialah kad utk berhutang.Setiap perbelanjaan ini pula perlu dibayar kembali dengan lebihan nilai iaitu jumlahnya perlu ditambah daripada jumlah asal nilai yg digunakan ketika berbelanja mengikut nisbah tertentu (tambahan nilai kepada belanja RM100 tidak sama kepada tambahan nilai belanja RM 1,000). Lebih daripada itu kiranya tambahan nilai ini pula dikaitkan pula dengan kepentingan unsur masa. Ini bererti makin lambat bayar makin bertambah nilainya disamping bayaran denda lewat yg ada pada sesetengah jenis kad kredit.Maka ini telah menepati defenisi RIBA yg diharamkan disisi syara' diatas keburuk-keburukannya yg begitu banyak kepada masyarakat.
Begitu juga dengan caj2 yg perlu dibayar oleh pemilik2 premis keatas setiap belian (kepada pengeluar kad) jika mereka membenarkan pelanggannya membeli dengan kad2 kredit.Contohnya daripada harga belian RM100, RM5 caj perlu dibayar oleh pekedai kepada pengeluar kad, manakala lebihnya (RM95) barulah milik akaun pekedai, disamping bayaran lain yg perlu dibuat olehnya kepada pengeluar kad sebagai yuran tahunan.

Unsur penipuan (Gharar)

Ini terkandung didalam bayaran-bayaran lain yg dikenakan kepada pemegang kad kredit seperti bayaran pembaharuan kad setiap tahun, begitu juga bayaran pembaharuan sebelum masanya. Semuanya mempunyai unsur-unsur penipuan yg nyata kerana bayaran2 ini pada hakikatnya tidak berdasarkan kepada asas 'give & take' didalam mualamat. Semuanya adalah bayaran tanpa mendapat apa2 pulangan yg dikira 'valid' disisi syara'. Jika kad kredit ini tidak digunakan dalam tahun tersebut maka bayaran ini akan hilang begitu sahaja. Manakala bayaran pendaftaran kad semasa permohohan penggunaannya dibuat pertama kali masih boleh lagi dikira ada asas syarie iaitu bayaran pengurusan. 

No comments:

Post a Comment