Tuesday, March 19, 2013

Makna hadith pada bahasa arab: "Khabar/berita. Firman Allah Ta'ala:
{ هل أتاك حديث موسى }
Makna hadith pada istilah bahasa arab: "Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi sallallahu'alaihisallam dari perkataan, perbuatan atau sifat fizikal atau akhlak".

Hadith Maudhu' (palsu)

Kata Ibnu Sholah rahimahullah (577H-643H ) dalam Muqaddimahnya: "(Hadith palsu) ialah rekaan dan suatu yang dibuat-buat". - المختلق المصنوع

Kata asyeikh Ahmad Syakir rahimahullah (1309H/1892M - 1377H/1958M): "(Hadith palsu ) ialah yang direka dan dibuat-buat -المختلق المصنوع. - الباعث الحثيث

Sabda Rasulullah sallallahualaihiwasallam:
( من حدث بحديث يرى أنه كذب فهو أحد الكاذبين ) - Riwayat Muslim dari hadith Samurah bin Jundab dan al-Mughirah bin Syu'bah radhiaAllahua'nhuma.

Maksudnya: "Barang siapa yang menyebut dengan satu hadith dia melihat bahawa ianya adalah dusta maka dia adalah seorang dari para pendusta". Atau seorang dari dua orang pendusta"

Kata al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah: (Para ulama bersepakat bahawa haram meriwayatkan hadith palsu kecuali disertakan penjelasan tentang kepalsuannya)- كتاب : نزهة النظر شرح نخبة الفكر

Kata Ibnu Kathir rahimahullah: "Haram bagi seseorang meriwayat hadith palsu kecuali atas jalan mencelanya untuk mengingatkan orang-orang jahil tentangnya.

Sabda Nabi sallallahua'laihiwasallam:
( من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار )
"Barangsiapa yang berdusta ke atasku maka sesungguhnya dia telah menyediakan tempat duduknya dalam neraka">Hr. Muslim.

Zaman Permulaan Hadith-Hadith Palsu:
Para ulama bersepakat bahawa zaman permulaan hadith-hadith palsu ialah sejak berakhirnya pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin yakni selepas fitnah(musibah) yang menimpa kaum muslimin sepelas pembunuhan Khalifah Uthman bin A'ffan radhiaAllahua'nhu.

Peranan Syiah dalam pembuatan hadith-hadith palsu:
1- Syiah adalah golongan pertama membuat hadith-hadith palsu merekalah yang menanggung dosa pertama dan berkongsi dosa dengan para penyebar hadith palsu.
2- Mereka mengadakan segala pendustaan keatas para sahabat dengan mencipta hadit-hadith mencela kebanyakan para sahabat  radhiaAllahua'nhum.
3- Mereka menyalakan api perpecahan dengan mewar-warkan bahawa para sahabat saling membenci.


Saturday, March 16, 2013

HUKUM-HUKUM BERKAITAN PUASA


HUKUM-HUKUM BERKAITAN PUASA

1-      JARUM INSULIN: Tidak membatalkan puasa kerana ianya ialah jarum berubat kerana dengannya pesakit masih berhajat kepada makan dan minum. Secara umumnya jarum terbahagi kepada 2 bahagian , yakni jarum untuk berubat dan jarum untuk menyalurkan makanan, jarum perubatan digunakan samaada untuk meringankan sakit atau digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit atau untuk menyejukkan badan kerana satu keperluan seperti jarum insulin, dalam keadaan ini tiada masaalah bagi seseorang menggunakannya masa puasa samaada di bawah kulit atau di urat saraf tiada bezanya. Jenis yang kedua dari jarum ialah yang diguna untuk menyalur makanan dalam badan tujuannya untuk menghilangkan kekeringan badan atau lainnya dari tujuan perubatan. Mengikut jumhur fuqaha semasa (kontemporari) bahawa ianya membatalkan puasa. Sekumpulan ulama lain pula berpegang bahawa ianya tidak membatalkan puasa, kerana ianya bukanlah makan atau minum, pendapat ini adalah yang paling rajah wallahua’lam, kerana jarum yang menyalurkan makanan terhasil darinya sebahagian dari maksud makan dan minum bukanlah merangkumi keseluruhan maksud makan dan minum, kerana manusia tidak makan kerana untuk kenyang sahaja akan tetapi mereka makan dengan tujuan untuk kenyang dan kelazatan, maka apabila hanya terhasil sebahagian sahaja tujuannya maka ianya tidak memestikan untuk dikaitkan dengan apa yang terhasil dengannya tujuan tersebut, jadinya yang rajah dari dua pendapat ini ianya tidak membatalkan puasa, makanya semua jenis jarum yang digunakan tidak membatalkan puasa. Kerana amanah ilmu kita sebutkan bahawa jumhur (kebanyakan) ulama semasa melihat bahawa ada perbezaan hukum antara jarum untuk berubat dan jarut untuk menyalurkan makanan ke dalam badan, yakni jarum perubatan tidak membatalkan puasa dan jarum untuk menyalurkan makanan ke dalam badan membatalkan puasa. Sebahagian ulama lain pula berpendapat bahawa semua jenis jarum membatalkan puasa, maka kita sebut semua pendapat ulama.     - FATWA ASY-SYIEKH DR. KHALID ALMUSLIH TENAGA PENGAJAR DI UNIVERSITI AL-QOSIM.
2-      Wanita hamil dan wanita menyusu: Sekiranya mereka tidak mampu berpuasa atau di takuti atas kandungan dan bayi maka diharuskan mereka berbuka dan hanya wajib membayar fidyah sahaja, tidak wajib ke atas mereka puasa ganti (qada). Dari Ibnu Abbas radhiAllahua’nhuma katanya: “Lelaki dan wanita tua yang lanjut usia, dan mereka berdua mampu melaksanakan ibadah puasa, diberi kelonggaran berbuka jika mereka berdua mahu dan wajib memberi makan seorang miskin setiap hari dan tiada puasa ganti (qadha) atas mereka berdua, kemudian ketentuan itu di hapus oleh ayat ini:
فمن شهد منكم الشهر فليصمه

Maka tetaplah bagi lelaki dan wanita tua yang lanjut usia, bila mereka merasa berat melaksanakan puasa, serta wanita hamil dan yang menyusui bayinya jika mereka rasa khuatir (kesihatan bayinya) mereka boleh berbuka dan mereka wajib memberi makan seorang miskin sebagai ganti tiap-tiap hari (yang mereka tinggalkannya).- Rirayat al-Baihaqi dengan sanad yang kuat- 4: 230.
Dari Ibnu Abbas radhiaAllahua’nhuma katanya: “Apabila wanita hamil takut atas kesihatan dirinya , dan wanita menyusu takut atas kesihatan bayinya di bulan Ramadhan, katanya: Keduanya boleh berbuka puasa  dan memberi makan setiap hari seorang miskin dan mereka berdua tidak perlu mengqadha puasa”. – Sahih , menyandarkannya oleh al-Albani dalam kitab Irwa’ alghalil: 4/19, kepada at-Thabari : 2758 dan katanya: “Sanadnya sahih di atas syarat Muslim.
3-      Dari Nafi’ katanya: “Seorang puteri Ibn Umar radhiaAllahua’nhu menjadi isteri kepada seorang lelaki Quraisy , dan ketika hamil dia merasa dahaga di (siang hari di bulan) Ramadhan, lalu Ibnu Umar menyuruhnya berbuka puasa dan (sebagai gantinya) memberi makan setiap hari satu orang miskin”-  Sanad sahih – Irwa’ alGhalil 4/2 – Addaruquthni: 2/207/15.
4-      Kadar makanan yang wajib sebagai Fidyah:  “Dari Anas bin Malik radhiaAllahua’nhu : Sesungguhnya dia telah lemah dari melaksanakan puas dalam satu tahun lalu dia memasak sebesen bubur roti lalu dia menjemput 30 orang miskin dan mengenyangkan mereka”- ”-  Sanad sahih – Irwa’ alGhalil 4/2 – Addaruquthni: 2/207/16.

Rukun-Rukun Puasa
1-      Niat, sebelum terbit fajar setiap malam- Dari Hafshah katanya: Sabda Rasulullah sallallahua’laihiwasallam: “Barangsiapa yang tidak menetapkan niat puasa sebelum fajar , maka tiada puasa baginya”- Sahih alJami’ as-Shoghir 6538, A’unul Ma’bud : 7:122 no: 2437. atTirmizi: 2: 116 no: 726, anNasaie: 4:196.
2-      Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa.
فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ) البقرة/187.

Hal-Hal Yang Membatalkan Puasa
1-    Makan
2-    Minum
3-    Muntah dengan sengaja
4-    Haidh
5-    Nifas
6-    Bersetubuh 

Beramal Dengan Sunnah Yang Sahih


SESUNGGUHNYA agama Islam lengkap dan sempurna. Seperti firman Allah SWT: “Pada hari ini, aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah: 3).
Maka hal ini menjadi dalil kepada kita bahawa segala ajaran dan amalan dalam Islam sudah lengkap disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Segala perkara berkaitan ibadat dan tatacara sesuatu ibadah itu diajarkan oleh Nabi kepada sahabat baginda dan menjadi kewajipan orang selepas mereka mengikutinya. Jadi, dalam 12 bulan Islam terdapat amal ibadat yang dikhususkan agar dapat kaum Muslimin beramal ibadat dan merebutkan pahala di sisi Allah.
Seperti bulan Ramadan difardukan umat Islam berpuasa, bulan Zulhijjah adalah bulan dilaksanakan rukun haji, Syawal bulan hari raya dan dalam masa yang sama terdapat bulan Islam ini ada harinya ditentukan oleh Nabi amal ibadat yang boleh dilakukan kita semua supaya dapat mendekatkan diri dengan Allah.

Sekarang bulan Muharam iaitu bulan yang sering disambut oleh kita kerana bulan tahun baru mengikut kalendar Islam. Dapat dilihat antara kebiasaan dilakukan oleh kaum Muslimin ialah membaca doa akhir dan awal tahun pada waktu Asar dan Maghrib, berpuasa pada 1 Muharam dan membuat bubur Asyura di atas sangkaan ibadat.

Namun, adakah perkara ini menepati sunah Nabi? Apakah amalan ini dianjurkan oleh Nabi, sahabat baginda atau imam mazhab yang empat? Jika diperhalusi secara ilmiah dan dalil doa awal tahun dan akhir tahun ini didapati amalan berkenaan tiada sandaran daripada Nabi melalui perkataan atau perbuatan baginda melainkan ia diambil daripada hadis maudu (palsu). Kita mengetahui bahawa hadis palsu bukan hujah dan berdosa besar disampaikan jika mengetahui hakikat kepalsuan itu.
Kata Syeikh Abu Bakar Zaid r.h: “Menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa. Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk (disyariatkan).” (Tashih Ad-Dua: 44) Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?” Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai, cuma yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu mengenai kata-kata begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas sahih sama ada daripada al-Quran mahupun sunah.

Tiada masalah dan harus bagi seseorang untuk mengarang doanya sendiri tetapi jangan beriktiqad doa itu lebih baik daripada doa yang datang daripada al-Quran dan sunah serta jangan ditetapkan waktu bacaan dan tatacaranya.
Berhubung dengan puasa 1 Muharam pula, apa yang dapat dinyatakan tiada petunjuk daripada perbuatan Baginda melakukan puasa pada 1 Muharam ini bahkan tiada langsung walaupun satu hadis daripada Nabi menganjurkan kepada sahabat agar berpuasa pada setiap 1 Muharam.

Apa yang pasti dan jelas daripada hadis Nabi mengenai berpuasa pada bulan Muharam ini adalah pada 9 dan 10 Muharam. Puasa pada dua hari ini sememang dijelaskan oleh Nabi, dilakukan sahabat dan imam empat mazhab. Puasa pada hari ini dijanjikan fadilat yang besar oleh Nabi.

Puasa pada 9 Muharam lebih dikenali dengan istilah puasa Tasua manakala puasa pada 10 Muharam seperti kita semua mengetahuinya iaitu Asyura. Tasua merujuk pada hari kesembilan manakala Asyura merujuk pada hari ke-10. Hal ini dapat dibuktikan daripada hadis diriwayatkan oleh Ibn Abbas iaitu Nabi datang ke Madinah dan baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Menurut mereka, ini hari baik di saat Allah membebaskan Nabi Musa daripada Firaun. Maka sabda Nabi: “Kita lebih berhak terhadap Nabi Musa daripada mereka maka berpuasalah.” (Riwayat Imam al-Bukhari,) Asal sejarahnya kita hanya disarankan oleh Nabi berpuasa pada hari ke-10, tetapi apabila disampaikan kepada baginda bahawa kaum Yahudi sangat mengagungkan hari Asyura ini lalu Nabi berhasrat pada tahun berikut berpuasa pada hari kesembilan dan menyarankan kepada sahabatnya agar berbeza dengan kaum Yahudi. Seperti diceritakan oleh Ibnu Abbas: “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan sahabatnya untuk turut berpuasa, sahabat berkata, “wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari diagungkan oleh Yahudi dan Nasara,” selepas mendengar berita itu Rasulullah terus mengucapkan “jika benar apa yang kalian katakan, pada tahun selepasnya dengan izin Allah, kita puasa sekali pada hari (9 Muharam).” Ibnu Abbas berkata, “tetapi belum sempat sampai tahun depan, Baginda wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim) Dalam hadis lain Nabi berkata yang bermaksud: “Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.” (Riwayat Ahmad).

Antara fadilat yang sahih daripada hadis nabi, baginda mengisyaratkan mengenai kelebihan puasa Asyura sebagaimana katanya yang bermaksud: “Adapun puasa di hari Asyura, aku meminta kepada Allah semoga pelakunya dapat dihapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim). Dan janganlah ketika kita memasak bubur Asyura merasakan ia adalah satu sunah dan amalan mendapat pahala.

Adapun kisah Nabi Nuh ketika memasakkan bubur ini kepada pengikut dan binatang yang menaiki bahtera, sebenarnya tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Hukum Kad Kredit


Apakah hukum penggunaan kad kredit menurut Al Quran dan sunnah ?

1.Masalah pada penggunaan kad kredit tertumpu kepada perkaitannya dgn HUTANG YG DISERTAI DENGAN BUNGA/RIBA.Juga pada kedapatan unsur-unsur penipuan yg ada didalam kontrak -kontrak perniagaan yg dibuat apabila kad-kad kredit ini digunakan.
2. Manakala fungsi-fungsi kad kredit yg lain seperti: 
-Memudahkan urusan perniagaan secara elektronik (e-commerce).
-          Memungkinkan urusan perniagaan tanpa tunai ketika ia dijalankan.
- Menjamin keselamatan pembawa/pemegang kad daripada cubaan-cubaan rompakan,curian dan juga kehilangan wang sekiranya ia berlaku dimana ia dijamin sepenuhnya oleh pihak pengeluar kad-kad ini.
- Menyediakan kemudahan berbelanja ketika berlaku kecemasan.
Fungsi-fungsi sampingan kad kredit seperti mana yg tertera diatas tidak menjadi masalah kepada sistem perundangan islam utk diluluskan penggunaannya kerana ia sebagai sekeping kad plastik bermagnet yg membawa data-data peribadi dan kewangan pembawanya adalah dikira sebagai wasilah/ medium urusan mualamat atau urusan perniagaan sahaja seperti mana 'wang kertas' sekarang ini. Wang tidak dikira pada 'kertas' tersebut tetapi pada nilainya .Kad plastik dengan ciri-ciri keselamatannya hanya mewakili nilai harta tertentu dan tidak lebih daripada itu.
Jadi kawasan pengharusan dan pengharaman kad kredit hanyalah tertumpu pada kaitannya dengan HUTANG BERFAEDAH/RIBA dan juga unsur-unsur penipuan sahaja. Ini bermaksud kiranya terdapat (pada masa sekarang/masa akan datang) kad kredit yg betul-betul memberi kemudahan kepada penggunannya tanpa bersifat hutang berfaedah dan bebas daripada unsur-unsur penipuan maka penggunaannya adalah harus dan halal. Smart card, kad ATM bank adalah termasuk didalam pengkelasan ini.
3. Setiap kad kredit mempunyai sifat-sifat yg tersendiri berdasarkan syarat-syarat penggunaannya yg berbeza diantara pengeluarnya.Maka dengan sebab ini secara teorinya hukum setiap kad plastik ini perlu dibezakan kerana mungkin ada diantara syarat-syarat penggunaannya yg tidak bertentangan dengan sistem perundangan islam.Jadi ketelitian para fuqaha adalah perlu didalam memberi hukum.Setiap Perbezaan mesti diteleti dan diambil kira.



Keharusan/Pengharaman kad kredit
Walaupun setiap kad kredit (American Express, MasterCard, Dinners Club, Visa Card) yg berada pasaran sekarang mempunyai krateria tersendiri namun ianya mempunyai ciri2 persamaan yg membawa kepada pengharamannya seperti berikut:
Riba dan Faedah
Semua kad kredit diatas dikeluarkan diatas asas pinjaman/hutang yg berunsurkan riba .Unsur riba didalam pengunaan kad-kad ini boleh difahami melalui modus operandinya iaitu :
- Memberi kemudahan kewangan kepada pemegang kad utk berbelanja walaupun tanpa sokongan kewangan sebenar didalam akaun mereka. Dengan kata lain, bank telah memberi kemudahan berhutang bagi pemegang kad pada kadar-kadar tertentu (bergantung kepada jenis kad),kad tersebut pada erti kata sebenarnya ialah kad utk berhutang.Setiap perbelanjaan ini pula perlu dibayar kembali dengan lebihan nilai iaitu jumlahnya perlu ditambah daripada jumlah asal nilai yg digunakan ketika berbelanja mengikut nisbah tertentu (tambahan nilai kepada belanja RM100 tidak sama kepada tambahan nilai belanja RM 1,000). Lebih daripada itu kiranya tambahan nilai ini pula dikaitkan pula dengan kepentingan unsur masa. Ini bererti makin lambat bayar makin bertambah nilainya disamping bayaran denda lewat yg ada pada sesetengah jenis kad kredit.Maka ini telah menepati defenisi RIBA yg diharamkan disisi syara' diatas keburuk-keburukannya yg begitu banyak kepada masyarakat.
Begitu juga dengan caj2 yg perlu dibayar oleh pemilik2 premis keatas setiap belian (kepada pengeluar kad) jika mereka membenarkan pelanggannya membeli dengan kad2 kredit.Contohnya daripada harga belian RM100, RM5 caj perlu dibayar oleh pekedai kepada pengeluar kad, manakala lebihnya (RM95) barulah milik akaun pekedai, disamping bayaran lain yg perlu dibuat olehnya kepada pengeluar kad sebagai yuran tahunan.

Unsur penipuan (Gharar)

Ini terkandung didalam bayaran-bayaran lain yg dikenakan kepada pemegang kad kredit seperti bayaran pembaharuan kad setiap tahun, begitu juga bayaran pembaharuan sebelum masanya. Semuanya mempunyai unsur-unsur penipuan yg nyata kerana bayaran2 ini pada hakikatnya tidak berdasarkan kepada asas 'give & take' didalam mualamat. Semuanya adalah bayaran tanpa mendapat apa2 pulangan yg dikira 'valid' disisi syara'. Jika kad kredit ini tidak digunakan dalam tahun tersebut maka bayaran ini akan hilang begitu sahaja. Manakala bayaran pendaftaran kad semasa permohohan penggunaannya dibuat pertama kali masih boleh lagi dikira ada asas syarie iaitu bayaran pengurusan.